Benarlah kata sebahagian peminat Samoa Joe. Walau ke mana sahaja beliau pergi, pasti kejuaraan akan singgah kepadanya. Tradisi tersebut kelihatan akan berterusan apabila dirinya kini adalah pencabar utama Kejuaraan Universal WWE susulan kejayaan di acara WWE Extreme Rules semalam.
Ketika para pemerhati meletakkan sasaran kepada bintang utama lain dalam perlawanan lima penjuru tersebut, Joe atau nama sebenarnya Nuufolau Joel Seanoa, 38, menongkah segala ramalan dengan mengenepikan cabaran daripada empat jaguh utama Raw iaitu Finn Balor, Seth Rollins, Bray Wyatt dan Samoa Joe.
Joe bijak mengatur strategi apabila di minit-minit awal perlawanan bekerjasama dengan Bray Wyatt untuk menyerang Roman, Balor dan Finn. Sejajar dengan format perlawanan tempur tegar (Extreme) yang tidak mempunyai sebarang halangan peraturan, mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk menggunakan objek asing sebagai senjata.

Lumrah perlawanan berbilang penjuru. Semua penggusti adalah untuk dirinya sendiri. Kolaborasi yang dibina hanya untuk kepentingan masing-masing. Wyatt mula mempersoalkan kejujuran Joe yang bertindak menindan Seth Rollins hasil gerakan bersama mereka dan dari situlah kerjasama singkat itu berderai di mana kesudahannya, Joe dan Wyatt berentap sesama sendiri.
Roman yang merupakan bekas juara juga tampil garang apabila beberapa minit sebelum perlawanan berakhir, beliau sempat melaksanakan gerakan rempuhan bahu ke atas Wyatt serta tumbukan layang Superman kepada Rollins memaksa keduanya terlontar keluar dari gelanggang. Satu lagi rempuhan bahu ingin disasarkan kepada Balor, namun ia berjaya dielak disusuli satu hempasan kepala Sling Blade kepada Roman. Bekas Juara Universal pertama WWE itu lantas naik ke puncak gelanggang untuk menghadiahkan Roman tujahan keras coup de grace yang tepat mengenai sasaran.

Finn nyaris berjaya menetapkan janji temu dengan Brock Lesnar apabila terus menindan Roman yang telah tidak bermaya. Tanpa disangka, Joe menyusup masuk dan terus mengunci leher Balor dengan gerakan Kunci Coquina menyebabkan Balor terus pitam tidak sedarkan diri. Setelah jelas yang Finn tidak lagi memberi respon, pengadil perlawanan lantas menghentikan perlawanan dan mengisytiharkan Samoa Joe sebagai pemenang.
Mengulas kejayaannya tersebut, Joe berkata yang beliau tidak perlu berpura-pura menjadi baik di mata khalayak. Yang penting misinya untuk mendominasi dan beroleh kejayaan akan terhasil, walaupun dirinya akan dilabel sebagai individu paling kejam di belakang tabir.
Dengan kemenangan ini, Joe telah menempah tempat untuk bertemu Brock Lesnar di acara WWE Great Balls of Fire pada 10 Julai depan seterusnya berusaha merampas Kejuaraan Universal daripada The Beast. Untuk rekod, ini adalah perlawanan pertaruhan kejuaraan pertama untuk Brock sejak menewaskan Goldberg di acara Wrestlemania pada 3 April lalu.
Untuk itu, Joe telah mengeluarkan amaran kepada Lesnar:
“Kepada Brock Lesnar, anda patut memulakan latihan sekarang. Anda panjatlah seberapa banyak gunung dengan membawa beban yang berat, lemparlah tubuh orang-orang di sekeliling, lunyaikanlah teman sepertarungan, dan saya jamin yang anda tidak akan mampu membayangkan apa yang akan saya berikan kepada anda nanti.”
Lonjakan Joe ke puncak rantaian makanan di rimba WWE ini sekaligus memberi isyarat yang syarikat milik Vince McMahon itu kini dalam usaha untuk terus memberikan sesuatu yang di luar jangka. Siapa sangka, Joe yang sebelum ini sinonim sebagai seorang penggusti utama di organisasi pesaing mereka iaitu TNA Wrestling dan Ring of Honor, akan diberikan kepercayaan untuk mengemudi jenama Raw sekaligus mengulangi sejarah yang dicipta AJ Styles tahun lalu.

Secara peribadi, penulis agak teruja dengan kemenangan bekas Juara Heavyweight Dunia TNA dan NXT ini kerana amat jarang kita menyaksikan dua penggusti bersaiz raksasa serta berhaluan kiri berentap sesama sendiri dalam perlawanan merebut kejuaraan. Pastinya ia akan menjadi pertemuan yang epik dan mungkin telah tiba masa untuk Kejuaraan Universal kembali dipegang oleh bintang sepenuh masa agar ianya dapat dipertandingkan saban minggu.
Keputusan perlawanan lain di acara Extreme Rules semalam menyaksikan pasangan Cesaro dan Sheamus berjaya merampas Kejuaraan Regu Raw daripada pasangan adik beradik The Hardy Boyz dalam perlawanan Sangkar Besi. Alexa Bliss pertahankan Kejuaraan Wanitanya dengan mengecewakan Bayley dalam perlawanan rotan kendo. Austin Aries sekali lagi berputih mata apabila tewas lagi di tangan Neville untuk Kejuaraan Cruiserweights, manakala pasangan regu campuran Sasha Banks/Rich Swann kalahkan Noam Dar/Alicia Fox.
The Miz pula mencipta sejarah dengan bergelar Juara Antara Benua untuk kali ke tujuh apabila berjaya menewaskan Dean Ambrose di perlawanan pembukaan. Rekod kedua terbanyak selepas Chris Jericho yang telah memegang kejuaraan tersebut selama 9 kali.

Your NEW #TagTeamChampions @WWESheamus & @WWECesaro went to the EXTREME to reclaim their titles! #ExtremeRules pic.twitter.com/ZLcNaFtP94
— WWE (@WWE) June 5, 2017
Keputusan perlawanan lain di acara Extreme Rules semalam menyaksikan pasangan Cesaro dan Sheamus berjaya merampas Kejuaraan Regu Raw daripada pasangan adik beradik The Hardy Boyz dalam perlawanan Sangkar Besi. Alexa Bliss pertahankan Kejuaraan Wanitanya dengan mengecewakan Bayley dalam perlawanan rotan kendo. Austin Aries sekali lagi berputih mata apabila tewas lagi di tangan Neville untuk Kejuaraan Cruiserweights, manakala pasangan regu campuran Sasha Banks/Rich Swann kalahkan Noam Dar/Alicia Fox.
The #ItCouple's master plan = SUCCESS! @mikethemiz is officially a 7-time #ICChampion! @MaryseMizanin #ExtremeRules pic.twitter.com/Ufp1lpnrir
— WWE (@WWE) June 5, 2017
The Miz pula mencipta sejarah dengan bergelar Juara Antara Benua untuk kali ke tujuh apabila berjaya menewaskan Dean Ambrose di perlawanan pembukaan. Rekod kedua terbanyak selepas Chris Jericho yang telah memegang kejuaraan tersebut selama 9 kali.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan acara WWE Money In The Bank pada 19 Jun depan serta kesemua acara pay per view setiap bulan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro On The Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.