Sekiranya anda berusia antara enam hingga 10 tahun dan sentiasa terbayang untuk berlumba di litar sebenar seperti pelumba profesional, inilah peluang keemasan anda!
ZK Racing mengambil langkah positif untuk mempertingkatkan lagi kualiti pelumba negara menerusi penganjuran MiniMoto Fun Ride buat julung kalinya dengan fokus kepada bakat cilik.
Mini Moto Fun Ride bukan sekadar aktiviti masa lapang yang biasa, malah ia adalah satu ruang eksklusif yang menjadi platform buat pelumba muda ini mengetengahkan bakat mereka menerusi pengendalian jentera Pocket Bike 50cc berjenama Polini dari Sepanyol.
"Pelumba Malaysia ada bakat sebenarnya cuma mereka tidak tahu mahu mula dari mana. Tahun ini kami mulakan program ini untuk bawa pelumba ini ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Lebih menarik, penganjuran selama tiga hari ini menyajikan sesi latihan penuh daripada jurulatih berpengalaman untuk teknik pengendalian jentera pelumba profesional yang sebenar.
"Jika pergi ke MiniGP terus agak berisiko kerana cc besar untuk pelumba yang kecil. Dengan cc besar mustahil untuk bawa kerana factor ketinggian dan berat yang tidak cukup." tambahnya.

Shout out to pelumba cilik di luar sana! ?
— husnae (@husnazainudin_) April 7, 2025
Jom ramai2 datang ke Litar Antarabangsa Sepang untuk rasai sesi latihan eksklusif MiniMoto Fun Ride.
Rebut 10 slot terhad bermula hari ini hingga 9 April!
Butiran lanjut di laman rasmi Instagram, ZK Racing. @ASTROARENA pic.twitter.com/nI8rTWZGNt