Tiga sesi latihan bebas yang merangkumi tiga kumpulan bagi kategori 160cc dan dua kumpulan bagi kategori 190cc bermula dengan positif semalam di Litar Kart Ricardo Tarmo, Valencia, Sepanyol sepanjang 1.132 kilometer.
Sesi latihan bebas berlangsung dengan keadaan cuaca baik, seramai 55 pelumba mengesahkan perlumbaan selepas sesi pendaftaran dengan pembabitan 34 pelumba daripada kategori 160cc dan 21 pelumba dari kategori 190cc daripada 18 negara.
Mereka merupakan antara pelumba-pelumba yang terbaik bagi Kejohanan FIM MiniGP World Series itu.
Qabil Irfan menduduki tangga kelima selepas gabungan latihan bebas dengan catatan masa 44.741 saat yang menunjukkan peningkatan bagi setiap sesi.
Manakala Airel Marzuki pula menduduki tangga ke-16 secara keseluruhan dengan catatan masa 45.333s.
Bagi pelumba 190cc pula, farish hafiy mencatat masa gabungan terpantas 43 perpuluhan 1-6-2 saat dan berada ditempat yang kelapan.
Manakala Adi Putra menduduki tempat ke-15 dengan masa 43.643s dan Emil Idzhar pula mencatat masa gabungan 44.126 saat untuk berada di tempat ke-18.
Sesi latihan bebas 4 dan ujian masa akan dilangsungkan pada hari ini bagi menentukan kedudukan petak perlumbaan esok.