Kerajaan Terengganu menyediakan insentif kepada pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, yang menjuarai perlumbaan dalam Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol pada 23 November lalu.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim, berkata insentif berbentuk kewangan itu akan diserahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam majlis khas diadakan Rabu ini.

"Kerajaan negeri berbangga dengan pancapaian Qabil Irfan dalam MiniGP yang diadakan di Valencia tempoh hari.

"Bukan sahaja adik Qabil, kami juga ada seorang lagi anak Terengganu iaitu Ariel Marzuki yang turut menyertai perlawanan itu, namun rezeki menjadi milik adik Qabil setelah dia mendahului semua pelumba-pelumba lain.

"Adik Ariel juga menunjukkan semangat yang tinggi namun nasib tidak memihak kepadanya setelah terjatuh. Walaupun begitu, dia dapat tempat ke-10 dalam perlumbaan tersebut.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian anak Terengganu ini dan berharap mereka dapat mencetak nama ke peringkat seterusnya," katanya kepada pemberita ketika majlis sambutan kepulangan pelumba cilik negara itu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, petang semalam.

Menurut Hishamuddin, setakat ini pelumba-pelumba cilik itu dilatih oleh ZK Racing dan pihaknya belum berhasrat untuk membentuk sebuah pasukan.

'Syukur, alhamdulillah rezeki saya menang tahun ini.







"Kita Kami belum berhasrat bentuk team setakat ini, mereka dilatih oleh ZK Racing di Litar Antarabangsa Sepang.

"Kami juga dalam usaha membina litar bertaraf antarabangsa di Mak Lagam, Kemaman, cuma buat masa ini belum dapat teruskan lagi, namun perancangan mengenainya telah disusun sejak tahun lepas. Kami akan tengok selepas ini macam mana sebab kosnya dijangka mencecah ratusan juta," ujarnya.

Sementara itu, pelumba cilik berusia 11 tahun itu meluahkan rasa syukur atas kejayaannya merangkul gelaran juara keseluruhan pada Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 itu.

"Syukur rezeki saya menang juara dunia sebab pada mulanya saya tak sangka mampu menjuarai perlawanan ini sebab saya cuma target boleh masuk perlawanan akhir selepas dapat tempat ketiga tahun lepas, tak sangka bergelar juara.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan saya. Saya akan fokus untuk ke peringkat lebih tinggi, "katanya yang menjadikan Valentino Rossi sebagai idola dalam sukan permotoran itu.

Sebahagian peminat dan penyokong cilik yang menunggu Qabil Irfan dan Ariel di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Nerus.

Sebahagian peminat dan penyokong cilik yang menunggu Qabil Irfan dan Ariel di balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Nerus.

Sementara itu, bapa Qabil, Azlan Abd Rahman, 47 mengakui anak kedua dari empat beradik itu berdepan pelbagai cabaran sepanjang perlawanan tersebut.

"Kami di sana berdepan dengan cuava sejuk. Qabil berlawan dalam suhu cuaca 6 c° dan jalan basah dan berembun, namun kami bersyukur sebab dia dan buat yang terbaik dan berharap perjalanan selepas ini lebih lancar dan mencapai target yang disasarkan," ujarnya.

Sebelum ini, Qabil Irfan muncul juara MiniGP Malaysia 2023 dan diletakkan sebagai harapan untuk menyerlah pada penyertaan MiniGP kali ini.

Kredit: Sinar Harian