Skip to main content

Sukan Lain

MFF dalam usaha bentuk skuad ke Filipina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lawanpedang.jpg
Kejohanan Lawan Pedang Senior Kebangsaan Siri Kedua 2019 menjadi permulaan kepada pembentukan skuad lawan pedang Sukan SEA Filipina 2019 negara di sebalik ketiadaan program sepenuh masa.

Saingan itu, menurut Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF), adalah sebahagaian daripada proses pemilihan wakil negara ke Filipina.

Keputusan mutakhir bagi pembentukan skuad negara ke temasya dwitahunan itu bakal bersandarkan pretasi atlet dalam Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Tumpuan Kejohanan Senior Kebangsaan Siri Kedua hari ini tertumpu kepada aksi final sabre lelaki yang menampilkan dua wakil yang membarisi skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Syed Adam Emir Putra dan Ahmad Syukran Shahir.

Syed Adam membuktikan status nombor satu bagi klasifikasi sabre apabila unggul 15-8 ke atas Syukran dalam final.

"Pada permulaannya agak sukar kerana kami saling mengenali corak persembahan masing-masing. Sukan SEA adalah kejohanan yang penting tetapi saya sedang memberikan tumpuan kepada pengajian saya.

"Jika diberikan peluang untuk beraksi di Filipina, saya akan memberikan yang terbaik untuk negara," kata Syed Adam.

Sementara itu, Syukran yang juga mengharapkan tiket untuk beraksi dalam Sukan SEA Filipina, berpandangan mengapa MFF perlu segera membentuk sebuah program sekalipun bersifat jangka pendek jika mengidamkan pingat buat kontinjen negara.

"Saya ketika ini mula memberikan kelas lawan pedang dan terus menjalani latihan. Kunci utama dalam sukan ini adalah memiliki rakan sepelatih yang kompetitif kerana ia membantu untuk meningkatkan lagi mutu persembahan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video