Atlet menembak negara, Mohd Lutfi Othman, akan memastikan pemilihannya oleh Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) ke Sukan Asia Indonesia sebagai satu keputusan yang berbaloi, sekali gus menepis tanggapan penembak senior, Ezuan Nasir Khan, lebih layak berbanding dirinya.
Lutfi enggan dirinya terus dibandingkan dengan Ezuan yang berpengalaman beraksi dalam Sukan Asia Incheon, sebaliknya mereka telah mengharungi persaingan yang sihat untuk membuktikan kemampuan masing-masing bagi dipilih ke Indonesia.
Malah, kejayaan memecahkan rekod kebangsaan milik Ezuan pada Januari lalu dengan catatan 623 mata dalam acara 10 meter air rifle membuktikan dirinya berada di landasan tepat untuk terus mencipta nama selepas kecewa diketepikan daripada Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Penembak berusia 24 tahun itu juga tidak mahu dilabel sekadar pelengkap ke temasya itu, apatah lagi selepas diletakkan dalam kategori B.
"Saya dan Ezuan bersaing secara sihat. Pemilihan ini bergantung kepada jurulatih dan saya cuba menampilkan persembahan terbaik," kata Lutfi.
"Terdapat bantuan daripada jurulatih daripada segi latihan fizikal dan mental serta persaingan daripada rakan sepasukan yang membantu meningkatkan bidikan saya," tambahnya.
Pingat bukanlah sasaran utama Lutfi, sebaliknya ingin terus memperbaharui rekod kebangsaan selepas melakukan bidikan konsisten dalam Kejohanan Trofi Chia Woh hari ini yang juga merupakan fasa persiapan terakhir sebelum terbang ke Indonesia.
"Tiada sasaran pingat kerana Sukan Asia adalah kejohanan di tahap yang tinggi. Tetapi saya mahu cuba tampil dalam aksi final."