Penembak negara, Mohamad Lutfi Othman, mengaku dirinya menjadi punca dia dan Nur Izazi Rosli gagal layak ke final 10 meter air rifle berpasukan campuran Sukan Asia Indonesia, hari ini.
Akhirnya dua penembak negara ini terpaksa berpuas hati dengan menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-10.
Pujian bagaimanapun wajar diberikan kepada Lutfi yang berupaya bangkit selepas kesilapan pada awal saingan.
Daripada 820.5 mata, Izazi lebih cemerlang menyumbang 413.1 mata.
"Saya tidak berpuas hati (dengan persembahan hari ini).
"Saya melakukan kesilapan dalam tembakan pertama tetapi saya masih hargai ranking yang dipungut gandingan saya.
"Biarpun melakukan kesilapan awal, kami berjaya bangkit untuk memperbaiki kedudukan," kata Lutfi.
Mereka bagaimanapun perlu segera belajar daripada kesilapan ini apabila beraksi dalam klasifikasi individu 10 meter air rifle, pada esok.
"Kami tidak menyasarkan kedudukan lima terbaik.
"Lagipun ini kejohanan pertama kami digandingkan dan matlamat kami adalah menikmati pengalaman ini.
"Kami akan cuba membuat persiapan yang lebih baik dalam saingan esok sambil mengelak daripada mengulangi kesilapan yang sama," katanya.