Hasrat wakil negara menempatkan diri dalam final klasifikasi kombinasi mendaki tidak kesampaian apabila keempat-empat pendaki negara tersngkir selepas mengharungi tiga siri peringkat kelayakan Sukan Asia 2018, sebentar tadi.
Empat pendaki negara yang beraksi dalam klasifikasi memulakan saingan dengan acara kepantasan, disusuli bouldering dan kemuncaknya, lead.
Wakil yang memiliki peluang cerah ke final bagi lelaki adalah Muhammad Taqiuddin Mohd Zulkifli sementara wanita, Tan Jie Yi.
Mereka menamatkan saingan sebagai atlet terbaik Malaysia di kedudukan ke-12 dan 16 keseluruhan tetapi tidak memadai untuk mendukung mereka dalam kelompok enam ke final.
Dua lagi wakil negara, Mohd Izzat Mohd Shokor dan Siti Nursarah Solehhodin, berada di kedudukan ke-18.
"Pengalaman dalam kejohanan lead kurang di Malaysia. Saya benar-benar memohon maaf kepada mereka yang telah meletakkan harapan yang tinggi. Kami seharusnya berusaha untuk mendapatkan keputusan yang positif buat Malaysia," kata Jie Yi.
"Saya berpuas hati dengan prestasi dan mahu melakukan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Taqiuddin pula.