Skip to main content

Sukan Lain

Mendaki Dinding Batu: Faridhwan juara di Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boulder-buster.jpg
Atlet mendaki kebangsaan, Ku Muhamad Faridhwan Ku Aziz, muncul juara kategori terbuka lelaki dalam Kejohanan Mendaki Dinding Batu atau 'Boulder Buster' 2019 yang berakhir di Suria Sabah, Kota Kinabalu, semalam. 

Walaupun dilihat mendominasi sepanjang saingan sehingga ke final, Faridhwan tetap tidak menyangka dia mampu muncul sebagai juara selepas mengatasi empat atlet lain di peringkat akhir. 

"Ia bukan satu kemenangan mudah dan saya sebenarnya tidak sangka mampu muncul juara kerana kesemua peserta hebat-hebat belaka. 

"Bagaimanapun, saya telah melakukan yamg terbaik dan akhirnya saya menang," katanya. 

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu masing-masing dimenangi Zahin Mohd Ashhar dan Ghalib Mohamad Azimi, kedua-duanya juga dari Kuala Lumpur.

Faridhwan sebelum ini pernah beberapa kali menyertai kejohanan antarabangsa, khususnya di Singapura, dan sasarannya selepas ini ialah pemilihan untuk mewakili negara dalam Kejohanan Asia, bulan depan. 

Kategori terbuka wanita dimenangi Amalina Syairah Abdul Mutalip manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing dimenangi Aina Azrin Mohd Zulkifli serta Janetha Lingam.

Sukan mendaki dinding batu kini semakin popular dengan ia juga salah satu acara yang bakal dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun depan. 
 

Advertisement

Must Watch Video