Skip to main content

Sukan Asia

Mendaki: Amalina mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amalina.jpg
Atket mendaki negara mencipta kejutan dalam penampilan sulung mereka dalam Sukan Asia apabila seorang wakil dalam acara kepantasan wanita mara ke final.

Malaysia mempertaruhkan dua wakil dalam setiap acara kelayakan kepantasan lelaki dan wanita.

Amalina Syairah Abd Mutalip berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik dengan melakar masa terbaik 11.24 saat.

Rakan sepasukan, Aina Azrin Zulkifli, sekadar di tangga ke-18 selepas melakukan catatan masa 11.98s.

"Saya tidak sangka mara ke final. Saya akan cuba melakukan catatan masa yang lebih pantas," kata Amalina.

Saingan dalam kategori lelaki menyaksikan Taqiuddin Mohd Zulkifli hampir menurut jejak ke final, namun hanya dipisahkan 0.21s apabila sekadar mencatat masa 7.74s untuk menduduki tangga ke-17.

Rakan sepasukannya, Ghalib Mohamad Azimi, pula menamatkan saingan di tangga ke-22 dengan masa terbaik 8.95s.

"Selepas melakukan dua ujian, catatan masa saya lebih baik tetapi saya tergelincir ketika melakukan catatan sebenar. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan prestasi ini," kata Ghalib.
 

Advertisement

Must Watch Video