Skip to main content

Sukan Asia

Mendaki: Amalina akur wakil Indonesia lebih unggul

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amalina-mendaki.jpg
Hasrat Amalina Syairah Abd Mutalip mengakhiri acara kepantasan mendaki wanita Sukan Asia Jakarta-Palembang di tangga ke-14 selepas mencipta kejutan melangkah ke final, hari ini.

Begitupun, hasratnya untuk mempamerkan pendakian lebih baik tidak kesampaian apabila mencatat masa 11.39s selepas merakam 11.24s dalam pusingan 16, pagi tadi.

Nasibnya tidak begitu baik apabila bertembung dengan wakil tuan rumah, Puji Lestari, yang merupakan pemenang pingat perak menerusi catatan masa 8.88s. 

"Saya berasakan masih boleh buat yang lebih baik lagi kali ini tetapi saya sudah mencuba sehabis baik. 

"Lagipun, peserta Indonesia tadi adalah antara yang terpantas, jadi saya berusaha memberikan saingan sengit agar tidak jauh dengan catatan masa yang dilakukannya. 

"Apatah lagi saya hanya sempat berlatih selama tiga bulan berbanding atlet Indonesia yang sudah bertahun-tahun membuat persiapan," katanya. 

Emas dimenangi Indonesia menerusi Susanti Rahayu Aries manakala Cuilian He dari China meraih gangsa. 

 

Advertisement

Must Watch Video