Skip to main content

Sukan SEA

Memanah: Skuad recurve pecah tiga rekod temasya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-anuar-200817.jpg
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, memecahkan tiga rekod Sukan SEA ketika mengungguli peringkat kelayakan acara recurve yang membuka tirai hari ini.

Khairul Anuar memecahkan rekod dalam acara recurve individu lelaki selepas mengumpul 682 mata untuk mengatasi rekod temasya dan kebangsaan yang dilakukannya sendiri pada 2012.

Dia terus mempamerkan persembahan  cemerlang dengan memecahkan rekod kedua dalam acara berpasukan lelaki apabila bergandingan dengan Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin dengan melakukan bidikan 2,009 mata, mengatasi lama catatan 1,968 mata yang dilakukan pada 2013.
Rekod temasya ketiga oleh Khairul dicipta menerusi acara recurve berpasukan campuran bersama Nur Aliya Ghapar apabila mengumpul 1,314 mata.

Ketiga-tiga rekod ini menyaksikan Malaysia berjaya mengungguli peringkat kelayakan.

"Secara peribadi dalam Sukan SEA ini, saya nak cuba memecahkan rekod sendiri,” kata Khairul Anuar.

"Alhamdulillah saya berjaya mengatasi rekod lama, 678 mata.”

Peringkat kalah mati kategori individu lelaki dan wanita akan berlangsung pada petang ini.

Advertisement

Must Watch Video