SUKAN LAIN
Memanah Piala Asia: Trio recurve lelaki sumbang perak
Malaysia menambah satu pingat perak menerusi recurve berpasukan lelaki dalam pusingan pertama Piala Asia 2019 di Bangkok, Thailand, hari ini.
Selepas skuad compound berpasukan wanita menerusi trio Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nur Aina Yasmine Halim dan Nurul Syazhera Mohd Asmi meraih emas selain satu lagi perak disumbangkan Fatin menerusi acara compound individu semalam, giliran skuad recurve berpasukan lelaki pula menceriakan kem negara.
Gandingan Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Muhamad Zarif Syahir Zolkepli tewas 0-6 kepada trio China, Ding Yiliang, Li Jialun dan Feng Hao, dalam babak penentuan juara.
Iklan
Bermula dalam set pertama, bidikan pemanah negara tidak konsisten apabila gagal mencapai mata penuh berbanding panahan yang dilakukan trio China itu.
Barisan pemanah negara tewas 53-56 dengan beberapa panahan hanya sekadar memberikan lapan mata dan tujuh mata sambil China meraih sembilan dan 10 mata.
Dalam set kedua, prestasi pemanah negara sedikit meningkat sebelum tewas 53-54 untuk China mendahului 4-0.
Memerlukan kemenangan dalam set terakhir bagi menyelamatkan peluang emas, hasrat itu gagal direalisasikan apabila tewas 53-55.
Must-Watch Video