MEMANAH
Memanah Piala Asia: Kem negara cemerlang dengan 1 emas, 2 perak di Bangkok
Kem negara cemerlang memastikan kilauan pingat emas Kejohanan Memanah Piala Asia diraih menerusi acara compound berpasukan campuran yang dibarisi Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh.
Wakil negara cemerlang membenam lawan, Kazakhstan, dengan keputusan 159-149.
"Kami agak gementar kerana faktor angin kuat di sini.
Iklan
"Tapi memasuki end kedua dan ketiga, kami mula dapat rentak.
"Selepas kami mendahului tipis, peserta Kazakhstan pula keciciran mata yang memudahkan kemenangan kami," kata Alang Ariff.
Sementara itu, compound berpasukan lelaki yang dibarisi Alang Ariff Aqil, Juwaidi Marzuki dan Syafiq Ariffin, terpaksa akur dengan perak selepas India menggondol emas menerusi keputusan 237-233.
Gandingan recurve berpasukan wanita yang dianggotai Nur Ieka Harisya Zainal Habsahli, Nurul Azreena Fazil dan Syaqiera Mashayikh turut mengharumkan nama negara menerusi pungutan perak meskipun tumbang 3-5 di tangan Uzbekistan 3-5 di Bangkok.
Must-Watch Video