SUKAN LAIN
Memanah Piala Asia: Juwaidi sapu tiga emas
Pemanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, cemerlang meraih tiga pingat emas dalam siri kedua Piala Asia di Taiwan, hari ini.
Pemanah berusia 29 tahun itu memerlukan tahap fokus yang tinggi apabila perlu mengharungi tiga final berturut-turut dalam tempoh lima jam.
Atlet kelahiran Melaka itu bermula dengan meraih pingat emas acara berpasukan campuran bersama gandingannya, Iman Aisyah Norazam, untuk menewaskan wakil tuan rumah dengan perbezaan satu mata selepas mencatatkan 150.
Iklan
Dia kemudian menyertai Zulfadhli Ruslan dan M. Khambeswaran untuk meraih pingat emas acara berpasukan selepas menewaskan trio Thailand 223-219.
Kemuncaknya, Juwaidi meraih pingat emas acara individu selepas menewaskan rakan sepasukan, Khambeswaran, 140-139.
Must-Watch Video