Atlet memanah negara, Khairul Anuar Muhamad, tewas mengejut kepada wakil dari Vietnam, Anh Hu Duc, dalam aksi final recurve yang berlangsung di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Mempamerkan aksi yang memberangsangkan di awal saingan, Khairul Anuar memecahkan tiga rekod Sukan SEA ketika mengungguli peringkat kelayakan.
Bagaimanapun, Khairul Anuar gagal mengulangi prestasinya apabila tewas 6-2 kepada pemanah dari Vietnam itu dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Malaysia turut terlepas pingat gangsa dalam acara recurve individu lelaki, apabila atlet Thailand, Wittaya Thanwong, mengecewakan Muhammad Akmal Nor Hasrin 6-2.
Sementara itu, pemanah wanita negara, Nur Aliya Ghapar memenangi pingat gangsa selepas menewaskan wakil Myanmar, Thida Nwe 6-0.