SUKAN LAIN
McKean optimis mampu tumbangkan Joshua
Petinju heavyweight dari Australia, Demsey McKean, percaya mampu mengatasi Anthony Joshua selepas perbincangan dilakukan dengan 'nama terbesar dalam sukan tinju'.
Joshua tidak meraih sebarang kemenangan dalam gelanggang sejak Jun 2020 selepas mengatasi Kubrat Pulev, apabila tewas dua kali berturut-turut dalam perlawanan gelaran dunia dengan Oleksandr Usyk.
Tyson Fury dilihat sebagai lawan seterusnya buat Joshua sebelum perbincangan mereka dibatalkan, dengan juara WBC mengalih perhatian bagi tahun 2023 untuk bertemu Usyk.
Iklan
Petinju Southpaw, McKean, telah melakukan 14 knockout dan memiliki rekod 22-0 dan yakin dengan peluangnya ketika berdepan Joshua, yang menyasarkan kebangkitan selepas tewas kepada Usyk.
"Kami antara di barisan hadapan untuk menjadi lawan seterusnya buat Anthony Joshua," kata McKean kepada Sky Sports.
"Saya boleh menjadi petinju yang memberikan persaraan kepada Joshua dan yakin mampu melakukannya. Namun jangan salah faham, terdapat banyak lagi perlawanan buat AJ. Jika dia tewas kepada, saya rasa ia bukanlah satu pengakhiran.
"Orang ramai tidak memberikan pujian yang sepatutnya dia peroleh, apa yang telah dia lakukan dalam kategori heavyweight. Dia telah membuka mata dan menyalur lebih banyak wang dalam kelas heavyweight.
"Dia mungkin nama terbesar dalam tinju, semua orang mahu berlawan dengannya, termasuk saya. Joshua adalah nama yang perlu ada dalam rekod perlawanan setiap petinju."
Must-Watch Video