Skip to main content

Sukan Lain

Marathon Tokyo: Asics bantu kembalikan semangat empat pelari penuh berliku

izuan-michelle-chua.jpg
Memiliki keluarga tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pelari untuk terus bergiat aktif. 

Beberapa tahun lalu, Michelle Chua pernah mengalami kemurungan pasca melahirkan anak. 

Dia yang sebelum ini aktif menyangka kehidupannya akan terus dibelenggu dengan komitmen baru.

Namun, segala persepsi negatif itu lenyap sebaik dia kembali berlatih yang turut akan membawa mewakili Asics dan Malaysia dalam Marathon Tokyo edisi tahun ini. 

Ia akan menjadi penyertaan pertamanya, begitu juga Izuan Ismail yang merupakan antara empat pelari negara yang akan berlumba di sana. 

Masalah jantung menyekat Izuan daripada berlari dengan degupan jantung maksimum. 

Justeru, atas liku perjalanan masing-masing yang digarap menerusi Jejak Sakura di Youtube, dia berkata di Nadi Weekend sebentar tadi. 


"Saya hanya mahu menamatkan larian tanpa sebarang kecederaan. Masing-masing ada kecederaan.

"Jadi kami akan turun berlari dan menikmati perlumbaan."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video