Pilates dah biasa sangat kita dengar -- bagaimana mana pula dengan Hot Pilates? Variasi pilates yang menggunakan bilik bersuhu tinggi.
Apakah manfaat variasi ini? Setakat berpeluh sahaja, atau ada kesan positif?
Suhu yang lebih panas menggalakkan peredaran darah yang lebih sihat, bermakna lebih banyak oksigen diedarkan kepada badan. Ini bermakna, kadar pemulihan juga boleh meningkat, termasuk sakit otot.
Suhu tinggi juga menjadi cabaran tambahan kepada mereka yang mempraktikkan variasi ini, bermakna kekuatan mental dan fokus boleh ditingkatkan. Percayalah, kepuasan selepas berjaya selesaikan satu sesi ini sukar digambarkan dengan kata-kata!
Walaupun ditambah dengan cabaran suhu yang lebih panas, pilates tetap senaman yang berimpak rendah. Ini tidak bermakna senaman ini mudah. Tidak sama sekali, pilates ada cabarannya yang tersendiri - tetapi low impact bermakna mereka yang masih dalam 'recovery' atau mahu mengelakkan kecedaraan masih boleh practice pilates!
Perkongsian di artikel ini hanyalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan profesional.