Skip to main content

Permotoran

Malaysia Speed Festival Merdeka Race: 'Merakyatkan motorsports' dengan lebih dekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msf.jpg
Banyak pembaharuan ditampilan dalam edisi kelapan Malaysia Speed Festival Merdeka Race pada tahun ini.

Acara utama iaitu MSF SupeTurismo Merdeka 111 endurance race, menyaksikan perlumbaan lima jam dengan 111 pusingan secara keseluruhan -- tambahan daripada 99 lap tahun lalu. 

Selain itu, acara Moto MSF Superbikes menyaksikan perlumbaan 33 pusingan secara keseluruhan, dengan tambahan 21 lap berbanding edisi lalu.




"Apa yang penting ialah bagaimana mereka mengurus aspek teknikal daripada segi tayar atau penyelenggaraan semasa memasuki pit," kata Prinsipal MSF, Adian Yein Khalid.

Sementara itu, slogan 'merakyatkan motorsports' juga menjadi kunci perbezaan acara MSF Merdeka Race 2025 berbanding acara permotoran lain.

Peminat diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di paddock ketika sedang berlangsungnya perlumbaan dengan pembelian 'paddock pass'.

"Kami mahu peminat menyaksikan secara dekat dan merasai suasana sebenar," tambahnya.
Puma Shoes

Langkah Sepantas Adrenalin

Rasakan vibe perlumbaan Merdeka Race setiap kali melangkah. PUMA Motorsport sneakers — rekaan sporty, ringan & penuh gaya.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video