Skip to main content

Sukan Lain

Malaysia, Jerman bergabung - meletop!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

german.jpg
Peminat sukan olahraga Malaysia bakal disajikan dengan kehadiran pemenang pingat gangsa Olimpik 2024 acara 4x100 meter (m) iaitu gandingan hebat Rabekka Haase, Lisa Mayer, Sophia Junk dan Alexandra Burghardt.

Ketika temasya paling berprestij itu, pingat emas bagi acara 4x100m wanita di Stade de France menjadi milik Amerika Syarikat yang menamatkan saingan dengan catatan masa 41.78 saat (s). 

Pingat perak pula menjadi milik Great Britain dengan catatan masa 41.85s. Kuartet Jerman ketika itu melengkapkan kedudukan podium dengan catatan masa 41.97s.

 

Mereka dan beberapa orang atlet olahraga Jerman yang lain dijangka akan berada di Malaysia dalam tempoh empat minggu demi mempersiapkan diri sebelum ke kejohanan relay dunia yang akan berlangsung di China pada bulan Mei.

Selain itu, difahamkan juga bahawa barisan kejurulatihan dan atlet dari Jerman itu akan terlibat dalam klinik di ibu negara bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan jurulatih dan atlet kebangsaan Malaysia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video