Kejuaraan Golf Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Terbuka Amatur Selangor menjadi penanda aras terbaru sebagai salah satu kejayaan penganjuran sukan golf pada masa hadapan.
Kejohanan yang berlangsung di Bukit Beruntung Golf and Country Resort dari 16 hingga 18 Oktober lalu, berjaya menghimpunkan lebih 100 pemain amatur terbaik termasuk penyertaan daripada luar negara.
Saingan tersebut terbuka kepada pemain amatur yang berdaftar dengan MGA dengan USGA Handicap 13.4 untuk lelaki tatkala 18.9 untuk wanita.
Pihak penganjur memberi indikasi awal untuk memperkasa kejohanan ini pada tahun hadapan.
Kejohanan itu juga menjadi medan persiapan buat pemain amatur negara untuk ke Sukan Remaja Asia 2025 di Manama, Bahrain dari 22 hingga 31 Oktober hadapan.
"Ini merupakan penganjuran pertama oleh MAKSAK Malaysia dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.
"Kami berterima kasih kerana sambutan sangat menggalakkan sehingga maksimum penyertaan.
"Cuaca pun baik. Insya-Allah ia akan menjadi acara tahunan.
"Apabila mendapat sambutan luar, ia adalah perkara yang sangat eksklusif.
"Kami menjangkakan lebih ramai akan menanti kejohanan ini," kata pengerusi pertandingan, Mohamad Zahri Samingon.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang