Dua wakil Malaysia melayakkan tempat ke braket atas selepas Todak menjuarai Kumpulan B sementara Team Haq muncul naib juara Kumpulan D bagi merebut gelaran dunia di Jakarta, Indonesia.
Kedua-dua pasukan ini mencipta sejarah baru pertandingan MLBB yang menyaksikan dua pasukan dari Malaysia melayakkan tempat ke braket atas Playoffs yang bermula esok.
Kekalahan Team Haq dalam perlawanan pertama bukanlah penentu kepada prestasi mereka dalam M4 apabila mempamerkan kebangkitan kejutan dengan memenangi dua perlawanan penting, kelmarin.
Menurut jurulatih Team Haq, Pabz, berkata pasukannya gugup dalam perlawanan pertama bertemu dengan RRQ AKIRA dan mereka tidak berkomunikasi dengan baik.
"Ini merupakan perlawanan pertama kami antara kami gugup dengan perlawanan itu dan kalah.

"Namun, kami bangkit untuk berada dalam braket atas!," katanya.
Dia berkata tiada isu antara mereka sepasukan dan penguasaan terhadap kumpulan hero mereka tidak banyak.
"Corak mereka hampir serupa lebih kepada permainan berhati-hati dan menunggu peluang, RRQ Akira dan The Valley juga sama.
"Semoga berjaya di braket bawah, Mobazane," katanya.
Echo yang merupakan juara kumpulan selepas memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan pastinya menghadirkan Playoffs yang lebih menarik.
"Pemain Echo sangat hebat dan kami akan lebih fokus kepada peringkat braket atas selain akan ada kelainan bakal yang ditonjolkan daripada kami," katanya.