Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia, Petronas, sah secara rasmi menjadi penaja perdana perlumbaan bebasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bagi edisi ke-27 tahun ini.
Biarpun tempoh tajaan dari 2023 hingga 2025 itu masih dirahsiakan, Petronas yakin kerjasama selama tiga tahun itu dapat menjana keuntungan buat kedua-dua pihak.
Kehadiran Petronas selaku penaja perdana sudah pasti melenyapkan kebimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) terhadap kelangsungan penganjuran perlumbaan berbasikal lebuh raya ikonik negara itu, yang akan menyingkap tirai pada 23 September ini.
"Sudah pasti saya lega," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, seperti yang dipetik wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.
"Saya rasa manfaat apabila MSN menjadi agensi pelaksana adalah ia memberikan keyakinan kepada penaja bahawa ini adalah projek kerajaan dan mereka juga akan berasa lebih selesa untuk berunding dan memberikan komitmen mereka."
Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, berkata: "Pulangan kepada kami lebih besar daripada apa yang kami sumbangkan selaku penaja.
"Ia melibatkan nilai penajaan, apa yang kami dapat daripada media dan pulangan sebagai pelaburan buat atlet-atlet Malaysia dan juga pelancongan sukan," katanya.
Dengan kehadiran Petronas, jersi kuning yang sebelum ini disarung oleh pendahulu keseluruhan, kini ditukar kepada jersi hujau buat julung kalinya.