Masa kian suntuk buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pihak penganjur, Human Voyage, yang baru dilantik untuk mengendalikan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 dengan saingan itu dijangka berlangsung Mac depan.
Difahamkan, berlangsung satu perjumpaan tertutup di antara KBS, Human Voyage dan wakil daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hari ini.
Ia merupakan mesyuarat pertama menjelang LTdL 2019 bagi membincangkan beberapa perkara seperti jarak laluan, destinasi dan jumlah pasukan yang bakal menyertai perlumbaan itu.
Apa yang menimbulkan kegusaran adalah LTdL dijadualkan berlangsung pada Mac depan mengikut kalendar yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Sebagai rekod, Human Voyage dilantik selaku penganjur LTdL 2019, Jumaat lalu.