SUKAN LAIN
LTdL: Arvid juarai Peringkat 1
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn berjaya merealisasikan misi awalnya apabila menjuarai Peringkat 1 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang bermula dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sebentar tadi.
131 pelumba memulakan peringkat pertama Le Tour de Langkawi 2023 dengan harapan pelumba negara lebih-lebih lagi dari Terengganu Polygon Cycling Team dapat menonjol aksi bertenaga apabila berlumba di laman sendiri.
Apa yang mengejutkan, Pablo Castrillo dari pasukan Kern Pharma membuat breakaway seawal kilometer ke-30 namun terpaksa kembali menyertai peloton selepas mengalami masalah teknikal.
Iklan
Ia sekaligus memberi peluang buat empat pelumba membuat breakaway selepas agak lama berada dalam chasing peloton, kumpulan itu juga disertai dua pelumba negara iaitu Nur Aiman Zariff dari TSG dan Muhamad Zawawi Azman daripada pasukan negara.
Menariknya, Aiman Zariff berjaya mengungguli dua zon pendakian untuk menjadikan dia pemenang jersi polka dot di peringkat pertama.
Namun perkara itu perlu dibayar dengan posisi sebagai stage winner apabila Aiman kembali menyertai peloton sejurus selepas zon pendakian.
Sekaligus meninggalkan Teghsbayar Batsaikhan dari pasukan Roojai Insurance berseorangan di hadapan untuk meraih gelaran The Most Combative Rider di hari pertama.
Sayangnya di 10km terakhir, Teghsbayar gagal meneruskan kemaraan hingga ke garisan penamat selepas Arvid de Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team yang duduk dalam peloton dari awal memecut di minit akhir untuk memenangi jersi hijau peringkat yang pertama.
Saingan bakal bersambung pada esok hari bagi peringkat kedua dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dengan jarak perlumbaan sejauh 186.2 km.
Must-Watch Video