Liga Super Bola Keranjang (LSBK) yang dinanti-nantikan bakal membuka tirai pertengahan disember 2024 hingga awal Mac 2025.

Enam pasukan akan berentap dalam saingan liga kali ini membabitkan Shah Alam Titans, Melaka City Venom, Seremban Scorekeys, Ipoh City Cyclones, Precint 11 Juggernaut dan Kota Bharu Blade.

Sebagai persediaan pramusim, pihak pengurusan mengadakan Hari Draf Pemain LSBK yang menyaksikan 90 pemain bola keranjang berentap merebut peluang menyertai liga dengan kehadiran 24 wakil pengurusan pasukan yang bertanding.




Menurut pengasas liga, Tengku Muhammad Amir Tengku Abu Bakar, kempen kali ini berbeza kerana penganjur memberi peluang kepada pasukan untuk mencari atau menilai pemain melalui senarai yang telah disediakan.

Menurutnya lagi, acara yang julung kalinya diadakan di Malaysia itu turut dimeriahkan dengan 11 pemain luar negara yang akan berentap dalam kategori terbuka.