Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, menetapkan syarat syarikat yang berminat menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-24 perlu menyenaraikan Pulau Langkawi sebagai salah satu daripada lapan peringkat perlumbaan yang bakal bermula pada Mac depan.
Kali terakhir Langkawi menganjurkan perlumbaan peringkat LTdL ialah pada 2014.
Tahun lalu, penganjur mengadakan majlis memperkenalkan pasukan di Langkawi tetapi peringkat pertama bermula dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah.
Syarat itu juga bermakna KBS terpaksa menangguhkan proses pelantikan penganjur ke hujung bulan ini.
"Kami mengharapkan LTdL 2019 turut dijalankan di Pulau Langkawi dan ia menjadi keutamaan kami dalam memilih pihak penganjur," katanya.
LTdl 2018 disertai 22 pasukan dengan pelumba Terengganu Cycling Team, Artem Ovechkin, muncul penyarung jersi kuning juara keseluruhan.