Lois Boisson berjaya meraih gelaran jelajah WTA pertamanya selepas cemerlang menewaskan Anna Bondar straight set dalam Terbuka Hamburg pada Ahad untuk melonjak ranking dunia kepada kedudukan ke-63.
Pemain kelahiran Perancis ini berjaya meraih kebangkitan di set pertama selepas ketinggalan 4-0 sebelum menoktahkan kemenangan set pertama dengan catatan 7-5, sekali gus membenam Bondar 3-6 di set kedua untuk meraih kejuaraan di gelanggang tanah liat Hamburg.
Kemenangan yang bermakna ini, sekali gus melonjak naik ranking pemain berumur 22 tahun ini daripada ranking ke-361 dunia kepada kedudukan ke-63 dunia.
Boisson sebelum ini telah mencuri perhatian dunia selepas berjaya mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Perancis selaku 'wild card' dan di penampilan sulungnya sebelum tewas di tangan Coco Gauff.