Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari, mengidam penoktahan kejuaraan Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman bertemu Kedah Sabtu ini.
Aksi dengan Perak yang berakhir dengan keputusan 5-0 sekaligus memberikan gambaran jelas kejuaraan ke-10 semakin hampir.
Solari yakin kejuaraan mampu terlakar dalam aksi seterusnya bertemu Kedah.
Ternyata ia bukan lah perkara sukar buat gergasi dari Selatan itu menepati kelebihan mereka pada Ahad apabila tidak berhadapan sebarang masalah tumpaskan Perak di Stadium Sultan Ibrahim.
"Mereka berhak meraih kemenangan ke atas Perak dan semakin hampir untuk bergelar juara. Saya berharap mampu menoktahkan kejuaraan yang ke-10 ketika bertemu Kedah di Stadium Darul Aman," katanya.
Pengendali Perak, Yusri Che Lah pula tidak mahu berselindung, terpaksa memilih aksi penting dan ia bukan membabitkan pertembungan dengan JDT.
Menerusi keputusan merehatkan Seo Seonung, Luka Milunovic dan Luciano Guaycochea, Perak hanya tampil dengan majoriti pemain bawah 23 tahun di Stadium Sultan Ibrahim.