Beberapa jentera mengalami masalah.
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam satu kenyataan memaklumkan berjanji akan menjalankan siasatan terhadap isu teknikal berhubung pepijat perisian yang mengganggu kemeriahan perlumbaan Formula 1 (F1) dalam Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.
Era baharu F1 yang menggunakan teknologi lebih moden jelas menyukarkan pelumba untuk beradaptasi susulan peningkatan komponen elektrik dalam unit kuasa.
Ditambah cuaca buruk menyaksikan hujan lebat membasahi trek menjejaskan permulaan perlumbaan yang memakan masa panjang sebelum benar-benar bermula.
Beberap pelumba termasuk juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, dan pemenang GP Bahrain semalam, Max Verstappen, antara yang mengalami gangguan ketika pusingan formasi.
TEAM STANDINGS (after 16 rounds) Red Bull now just 18 points behind McLaren 👀 #F1 #BahrainGP https://t.co/J8Mn8JrT5i
— Formula 1 (@F1) October 4, 2026
Malah, jaguh dari Ferrari itu menyifatkan ia adalah pengalaman pertama sepanjang karier menghadapi isu tersebut menyaksikan dia erpaksa memberhentikan keretanya di litar sebelum menghidupkannya semula.
Menurut Reuters, gabungan luar biasa putaran enjin rendah, keadaan cengkaman rendah, tetapan pengurusan tenaga ketika cuaca basah dan konfigurasi sektor Litar Sepang menyebabkan kehilangan kuasa secara tidak sengaja pada beberapa kereta.
"Susulan itu, jabatan teknikal FIA menghapuskan had tenaga di sektor yang terjejas menerusi kemas kini perisian yang diedarkan kepada semua pasukan ketika perlumbaan ditangguhkan akibat hujan lebat.
"Ia membolehkan pasukan melakukan perubahan yang diperlukan terhadap unit kuasa sebelum perlumbaan bermula.
"Isu ini tidak dikesan oleh FIA atau pasukan ketika ujian mahupun ketika pusingan menuju ke petak permulaan. FIA bersama pasukan dan pengeluar unit kuasa akan menjalankan kajian penuh terhadap isu ini," kata FIA.
Kimi Antonelli dari Mercedes turut tidak melepaskan peluang untuk menaiki podium selaku tempat kedua meskipun ada ketika mendahului perlumbaan sebelum dipotong pemandu dari Reb Bull Racing.