Skip to main content

Bola Keranjang

Liga Bola Keranjang Asia: Marquez Letcher kini senjata baru NS Matrix Deers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan.jpg
Menjelang saingan Champions League Asia Timur, wakil negara, NS Matrix Deers, kembali untuk penampilan kali kedua dengan kehadiran pemain import baru dari Amerika Syarikat, Marquez Letcher-Ellis.

Kali ini, Letcher-Ellis percaya bahawa keupayaannya bermain di pelbagai posisi bakal memberikan dimensi baharu kepada NS Matrix.

"Saya teruja mendapat peluang membantu Malaysia dan memperkenalkan bola keranjang di peringkat tertinggi.
 
"Saya percaya kepada rakan sepasukan dan jurulatih kami, dan kami akan ke sana untuk memberikan yang terbaik.

"Saya seorang pemain yang atletik, bermain dengan penuh semangat, dan sentiasa menjadi rakan sepasukan yang baik. 

"Saya tidak di sini untuk sekadar mengumpul mata, tetapi untuk membantu pasukan menang. 

"Apa sahaja yang perlu saya lakukan untuk mencapai kemenangan, saya bersedia," kata Marquez Letcher Ellis, pemain NS Matrix.

Ketua jurulatih Felton Sealey turut melihat kehadiran Letcher-Ellis sebagai aset utama pasukan, malah menyamakannya dengan legenda bola keranjang, Michael Jordan, kerana versatiliti dan kemampuannya di setiap posisi.

Pemain berusia 28 tahun ini bukanlah nama asing dalam dunia bola keranjang, selepas pernah menjadi tonggak penting skuad Venezuela. 

Kali ini, Letcher-Ellis percaya bahawa keupayaannya bermain di pelbagai posisi bakal memberikan dimensi baharu kepada NS Matrix.

"Marquez adalah pemain yang lengkap dan memenuhi semua kriteria yang kami perlukan. 

"Dia menyerang dengan baik, boleh menembak, dan menguruskan bola dengan cemerlang.

"Kami memerlukan ‘Michael Jordan’ dalam pasukan, dan kami harapkan dia mampu memainkan peranan tersebut," kata Felton Sealey, ketua jurulatih NS Matrix.

NS Matrix Deers akan membuka kempen BCL menentang Taoyuan Pauian Pilots dari Chinese Taipei, dengan harapan tinggi disandarkan kepada Letcher-Ellis untuk memperkukuhkan pasukan.

Advertisement

Must Watch Video