Ketua jurulatih TLHT, Nasihin Nubli Ibrahim, pening kepala untuk mengharungi pusingan kedua Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) bermula minggu depan apabila kehilangan khidmat penjaga gol dari Kazakhstan, Guzal Bakhavaddin.
Guzal terpaksa berlepas pulang ke negaranya pada 18 Februari ini kerana komitmen bersama pasukan kebangsaannya.
Sebelum ini, dia memaparkan aksi cemerlang di gawang TLHT dan membantu pasukan itu mengikat PKS-Uniten 1-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.
Kehilangan itu mencetuskan kegelisahan buat Nasihin, yang diberikan mandat untuk mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi TLHT musim lalu.
"Memang setiap pasukan mahu menjadi juara tetapi kami tidak tertekan kerana pemain import kami juga tidak dapat hadir pada minit-minit akhir kerana masalah tertentu dengan negara mereka," katanya.
Terdahulu, Nasihin turut kehilangan dua pemain import dari Argentina, Micaela Andrada dan Agostina Galimberti, yang gagal melaporkan diri biarpun sepatutnya tiba di Terengganu awal bulan lalu.
"Saya kini mengharapkan pemain muda daripada pasukan Sukma (Sukan Malaysia) Terengganu di bahagian serangan.
"Ia pengalaman yang baik untuk mereka sebab dapat menjaringkan 10 gol ketika menentang Pulau Pinang.
"Dan hari ini (semalam), mereka bermain dengan baik, cuma tiada gol.
"Jadi, ia satu perkembangan yang baik buat Terengganu," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa