Skip to main content

Hoki

LHWM: PKS, TLHT sama kuat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tlht.jpg
PKS-UNITEN 1 TLHT 1

Pertembungan dua pasukan dalam kelompok atasan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) menyaksikan PKS-Uniten dan TLHT terpaksa berpuas hati dengan pungutan satu mata apabila terikat 1-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini. 


PKS turun untuk menjarakkan kedudukan dengan TLHT selepas masing-masing terikat dengan sembilan mata dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Pasukan yang dibimbing Lailin Abu Hassan itu beraksi baik apabila Nur Zafirah Aziz membuka jaringan menerusi gol padang pada minit kelima.

Bagaimanapun, perlawanan kemudian bertukar hambar sebelum TLHT menyamakan kedudukan menerusi pukulan Nursyuhada Suhaimi pada penghujung suku ketiga.

Selaku juara bertahan, TLHT cuba mengatur beberapa gerakan tetapi dikecewakan  ketumpulan jentera serangan.

Keputusan lain:
SABAH 0 BLUE WARRIORS 6
MSSPP-PSHA 0 HOCKADEMY KL 11



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video