HOKI
LHWM: Hujan lebat bantu kemenangan Blue Warriors
PDRM BLUE WARRIORS 1 PKS UNITEN 0
Pasukan hoki PDRM Blue Warriors meraih tiga mata selepas menundukkan PKS-Uniten 1-0 dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan berusaha keras untuk melebarkan kedudukan masing-masing dalam saingan liga, namun tiada sebarang gol terhasil dalam suku pertama.
Iklan
Blue Warriors yang dikendali Zulkhairi Ariffin bermula baik dalam suku kedua dengan menguasai perlawanan sebelum menghasilkan gol padang yang disudahkan Fazilla Sylverster Silin.
Aksi kian rancak selepas itu dengan PKS cuba mengejar mata menerusi pukulan sudut penalti yang dihalang barisan pertahanan utuh Blue Warriors.
Hujan lebat menoktahkan kemenangan buat Blue Warriors selepas pengadil meniupkan wisel penamat lebih awal pada permulaan suku ketiga.
"Pemain saya bermain mengikut perancangan yang disediakan.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka kerana banyak memaparkan peningkatan dalam perlawanan kali ini," kata Zulkhairi
"Blue Warriors memberikan ujian yang cukup hebat buat kami hari ini.
"Mereka merencana serangan-serangan yang cukup baik sepanjang perlawanan.
"Pertahanan kami dapat menangani situasi itu, namun sedikit kelalaian memberikan kemenangan kepada mereka," kata jurulatih PKS-Uniten, Lailin Abu Hassan.
Must-Watch Video