HOKI
LHWM: Hanis Nadiah sumbang keringat, taktikal buat UniKL Ladies
Tonggak UniKL Ladies, Hanis Nadiah Onn, mempertaruhkan pengalamanm beraksi bersama Wespen Zehlendorfer di Jerman dalam usaha membantu pasukan barunya itu meraih sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) tahun ini.
UniKL telah memulakan persiapan sejak 1 Mac lalu dengan mengambil inisiatif latihan secara berkuarantin sebelum melaporkan diri dalam gelembung kejohanan, Ahad ini.
"Persiapan (pasukan) sangat baik pengalaman saya bermain di luar negara akan banyak membantu.
Iklan
"Lagipun kami dibarisi ramai pemain muda. Saya akan bertindak membantu jurulatih, Roslan Jamaluddin dan Siti Rahmah Othman, daripada segi taktikal," katanya ketika dihubungi.
Kalau tadi pasukan lelaki, mestilah kena tengok senarai pasukan wanita pula. 6 pasukan akan merebut kejuaraan di...Posted by Hokita on Saturday, March 6, 2021
Selepas ditunda ekoran COVID-19, LHWM bakal dilangsungkan semula Isnin depan dengan tiga perlawanan akan berlangsung.
"Ada dua pasukan yang boleh beri saingan (hebat).
"PKS UNITEN-KPT majoriti terdiri daripada pemain skuad projek kebangsaan sementara PDRM (dilengkapi) pemain berpengalaman yang rata-rata merupakan bekas pemain kebangsaan."
Inilah barisan pemain-pemain PKS Hoki Universiti Tenaga Nasional di #TNBMHL nanti! ?Diorang baru saja adakan majlis...Posted by Hokita on Wednesday, March 10, 2021
Must-Watch Video