Ketua jurulatih PDRM Blue Warriors, Zulkhairi Ariffin, meletakkan misi wajib menang bagi setiap perlawanan pasukannya selepas mereka meraih tiga mata pertama dalam Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM).
Blue Warrios mudah menumpaskan KL Wipers 4-0, semalam.
Zulkhairi menganggap kemenangan itu masih terlalu awal untuk pasukannya berpuas hati sambil menuntut aksi konsisten daripada barisan pemainnya.
Blue Warriors akan menentang juara bertahan, PKS United, dalam perlawanan kedua esok.
Zulkhairi menegaskan aspek keserasian perlu diambil serius barisan pemainnya menjelang perlawanan itu.
"Saya menegaskan kepada pemain saya bahawa mereka perlu memenangi setiap perlawanan pusingan pertama.
"Mereka perlu mencuba sedaya-upaya dan tidak boleh kalah.
"Kami perlu mengekalkan rentak kemenangan dalam setiap perlawanan selepas ini," katanya.
Blue Warriors turut melaungkan misi untuk merampas gelaran juara edisi ini selepas muncul naib juara dalam dua edisi terdahulu.
"Kami belum pernah menjuarai liga.
"Setakat ini kami hanya menjadi naib juara.
"Sasaran untuk musim ini adalah kami perlu menjuarai LHWM," tambahnya.