UniKL terus mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila mudah menewaskan TNB Thunderbolts 4-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.
Turun dengan rekod lima perlawanan tanpa kalah (empat kemenangan dan satu seri) dan masih segar dengan kemenangan 11-0 ke atas Nur Insafi minggu lalu, skuad kendalian Megat Azrafiq Megat Termizi itu mengasak sejak awal permainan terutama dengan gerakan melibatkan bekas kapten skuad kebangsaan Razie Rahim
Benteng kental Thunderbolts akhirnya bocor juga pada minit ke-25 menerusi jaringan padang Harvindher Singh untuk UniKL berkelebihan satu gol sehingga waktu rehat.
UniKl menghasilkan dua jaringan pantas dalam suku ketiga hasil jaringan penyerang veteran, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, dan kapten, Marhan Abdul Jalil, masing-masing pada minit ke-32 dan 33, sebelum Nur Rahul Muruthi melengkapkan kemenangan itu dengan pukulan ke belakang menarik pada minit ke-40.
Keputusan lain:
THT 6-1 Nurinsafi
UiTM 0-0 TNB
Maybank 3-0 Sabah

TNB Thunderbolts put up some tough resistance but in the end, could not fend off the UniKL onslaught as they fell to a...
Posted by Malaysian Hockey Confederation on Tuesday, 23 March 2021
Keputusan lain:
THT 6-1 Nurinsafi
UiTM 0-0 TNB
Maybank 3-0 Sabah