UNIKL 4 TNB THUNDEBOLTS 1
UniKL terus mengejar kelompok atasan Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas mengatasi TNB Thunderbolts 4-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, petang tadi.
UniKL bermula garang apabila mendahului pada suku pertama menerusi jaringan penyerang import, Robbert Kemperman, yang tenang menyudahkan hantaran Ashran Hamsani.
Tonggak skuad kebangsaan, Razie Rahim, kemudian menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk UniKL menjadikan kedudukan 2-0 sebelum dia sekali lagi meledak gol ketiga menerusi satu lagi pukulan sudut penalti pada suku ketiga.
TNB Thunderbolts cuba melakukan kebangkitan dan berjaya merapatkan jurang hasil sentuhan penyudah Aminudin Zain, namun jaringan tersebut gagal menyekat kemenangan UniKL yang menutup saingan dengan gol keempat hasil jaringan peribadi kedua Kemperman.
Kemenangan itu merupakan kemenangan keempat skuad kendalian Arul Selvaraj berkenaan yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas lima perlawanan LHM.