Hasrat untuk melihat Maybank menjadi pengacau dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 disekat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas TNB mencatatkan kemenangan 7-1 yang juga kemenangan keempat mereka dalam saingan liga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Aksi dalam suku pertama menyaksikan TNB dan Maybank saling melakukan serangan bagi mendapatkan gol awal dan kedua-dua pasukan menerima kelebihan pukulan sudut penalti, namun masing-masing tidak berjaya menemui penyudah yang sempurna.
TNB yang dilihat terus melakukan asakan ke kubu Maybank akhirnya membuka akaun jaringan mereka pada minit ke-10 selepas asakan yang dilakukan dalam kawasan gol Maybank mengundang situasi kelam-kabut.
Shazril Irwan Nazli bijak menggunakan kelebihan bola muntah di hadapannya untuk menolak masuk menewaskan penjaga gol Maybank, Mohd Hanafi Hassan.
Dua lagi jaringan berjaya dihasilkan TNB dalam suku kedua, bermula dengan kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki selepas salah seorang pemain TNB dikasari di dalam kawasan 25 dan Muhammad Arif Syafie Ishak meletakkan TNB di hadapan 2-0 pada minit ke-19.
TNB hampir menambah satu lagi gol ketika aksi satu lawan satu di antara penjaga gol Maybank, Hanafi, dan Shello Silverius, namun kelebihan pintu gol yang telah terbuka luas gagal untuk digunakan oleh Shello.
Begitupun, ia tidak mematahkan semangat pemain TNB untuk terus mengejar jaringan kedua dan usaha mereka berhasil menerusi satu gerakan padang yang disudahkan Firhan Ashaari untuk aksi separuh masa pertama berpihak kepada TNB 3-0.
Pada minit ke-38, kedudukan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang berada di belakang penjaga gol Maybank menyaksikan dia yang tidak dikawal, bijak menyambut bola hantaran rakan sepasukan.
Keadaan pintu gol yang terbuka ketika Hanafi cuba menyekat pemain TNB di hadapannya digunakan sebaiknya oleh Azrai Aizad untuk menyumbang gol keempat TNB.
Berselang tiga minit, TNB yang dihadiahkan pukulan sudut penalti ketiga tidak melepaskan peluang untuk terus melebarkan kedudukan menjadi 5-0 apabila Arif Syafie Ishak sekali lagi cemerlang menyempurnakan pukulan tersebut.
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi mencatat nama selaku penjaring keenam pada minit ke-45 dan Maybank yang menerima pukulan sudut penalti kelima mereka pada minit ke-48 akhirnya membolosi gawang TNB selepas gerakan set-piece yang diatur disudahkan Hafifihafiz Hanafi untuk kedudukan berubah 1-6.
Seakan-akan belum puas dengan enam jaringan yang telah terhasil, TNB menambah satu lagi jaringan pada minit ke-58 menerusi Shello untuk menutup pertemuan dengan Maybank dengan kemenangan bergaya 7-1.
Dalam satu lagi aksi di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cemerlang untuk meraih kemenangan ketiga dalam saingan liga apabila bangkit untuk menewaskan Nurinsafi/Kedah Hockey 3-1.
Nurinsafi membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi gol padang Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi manakala UniKL bangkit menyamakan kedudukan 10 minit kemudian hasil jaringan Robert Huib Kemperman, juga menerusi gerakan padang.
Dua gol berturut-turut UniKL terhasil pada minit ke-49 selepas gerakan Muhammad Marhan Mohd Jalil dan Faridzul Afiq Mohd gagal dikekang barisan pertahanan dan penjaga gol untuk UniKL menutup aksi dengan tiga mata.
Sementara itu, pertemuan di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan TNB Thunderbolts yang berlangsung di Stadium Hoki UITM menyaksikan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan pelawat 2-1.
UITM berada di hadapan pada minit ke-13 menerusi jaringan padang Mohamad Izuan Azhar sebelum TNB Thunderbolts kembali mengikat kedudukan pada minit ke-25 menerusi pukulan sudut penalti Muhamad Aminudin Mohd Zain.
Pada minit ke-55, UiTM dihadiahkan pukulan penalti stroke dan jaringan Fukuda Kentaro merentap impian TNB Thunderbolts untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata.