THT 2 UniKL 2
(THT menang penentuan penalti 3-1)
Pasukan Hoki Terengganu (THT) memenangi Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas menang 3-1 menerusi penentuan penalti ke atas UniKL selepas terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu, sebentar tadi.
Dalam aksi tersebut, penyerang berbisa negara, Faizal Saari, menyudahkan pukulan sudut penalti buat THT ketika permainan baru berusia dua minit.
Jaringan itu menyuntik semangat THT yang kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-14, juga menerusi pukulan sudut penalti dan kali ini daripada Jang Jong-hyun.
Hasrat THT membawa kedudukan 2-0 ke bilik persalinan tidak kesampaian apabila pelawat mengurangkan defisit gol melalui pukulan sudut penalti Muhammad Razie Rahim (m-30).
Lima minit bersambung dalam babak kedua, Razie menyempurnakan pukulan sudut penalti keduanya untuk menyamakan kedudukan 2-2.
UniKL yang dibimbing Arul Selvaraj hampir memperoleh gol ketiga pada minit ke-52, malangnya percubaan Muhammad Marhan Jalil tinggi melepasi sasaran.
Tiga minit selepas itu, penjaga gol UniKL, Adrian Albert, cemerlang menepis pukulan sudut penalti Jong-hyun untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti.
Penjaga gol THT, Mohd Hazrul Faiz, muncul wira menyelamatkan tiga pukulan penalti sebelum Fitri Saari menyempurnakan pukulannya untuk memastikan kemenangan 3-1, secara tidak langsung menyumbang satu mata untuk kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019.
Keputusan lain:
Maybank 5 Nur Insafi 1
TNB 4 UiTM 1