Skip to main content

Hoki

LHM: Mereka pemain utama, saya tiada pilihan -- Iman Gobinathan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lhm.jpg
Ketua jurulatih Maybank, Iman Gobinathan, terpaksa memanggil lapan pemain yang baru sahaja mendarat selepas beraksi di Piala Dunia Hoki Dalam Dewan di Croatia untuk terus menjalani Latihan bagi memperkuatkan pasukan.

Ini susulan anak buahnya bakal membuat persediaan untuk menentang TNB Thunderbolts, esok.

Perkara ini terpaksa dilakukan, lebih-lebih lagi kerana semua pemainnya yang mewakili Malaysia itu merupakan pemain utama.

Lebih penting lagi, Maybank mempunyai misi besar dalam usaha mengukuhkan lagi posisi mereka dalam saingan Liga Hoki Malaysia musim ini.





Untuk info, Khamis ini bakal berlangsung pertembungan menarik dengan THT berpeluang untuk menjarakkan jurang mata apabila bakal menerima kunjungan Nurinsafi bermula jam 8 malam.

"Sebenarnya saya tidak begitu pasti dengan keadaan pemain hoki dalam dewan kerana selepas tamat kejohanan besar, draf momentum akan menurun.

"Mereka akan mengambilo masa untuk pulih dalam lima hari, dalam empat hari kami ada tiga perlawanan jadi saya perlu berhati-hati dengan kepenatan dan kecederaan pemain.

"Mereka pemain utama saya, mereka perlu beraksi. Tak bagi mereka beraksi dengan lama untuk mereka pulih. Saya tiada pilihan." katanya.

Advertisement

Must Watch Video