Begitupun, Faridzul memiliki rekod yang cukup menarik dengan menjaringkan sebanyak 49 gol sejak 2015.
2015, 2022 dan 2023 menjadi musim yang cemerlang buatnya apabila menjadi sandaran pasukan selaku tonggak utama.
Faridzul juga pernah merangkul kejuaraan LHM sebanyak tiga kali berturut-turut bermula 2019 sehingga 2021 bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Liga Hoki Malaysia 2025:
— karlnunis (@_karlnunis) January 2, 2025
Jurulatih baru Maybank, Iman Gobinathan ambil langkah berani mengetepikan penyerang versatil, Faridzul Afiq yang mencetak 49 gol sejak 2015
Faridzul kembali bersama skuad hoki dalam dewan sebelum ke Piala Dunia, Croatia @ASTROARENA ?:@hockeymalaysia pic.twitter.com/yLbbYWIlnE
Pemain tersebut di jangka memperkuat kem negara menjelang Piala Dunia Hoki Dalam Dewan yang akan berlangsung di Croatia bermula 3 Februari depan.
Sebelum ini, Maybank mengesahkan kehadiran semula bekas pemain kebangsaan, Haziq Samsul, bagi memperkuat skuad kendalian Iman Gobinathan yang akan mengharungi musim baru bermula Sabtu ini.