HOKI
LHM: Lima tonggak kebangsaan sandaran utama Maybank
Skuad Hoki Maybank berharap kehadiran lima tonggak kebangsaan yang baru saja menamatkan kempen Piala Dunia, mampu membantu mereka merealisasikan impian menjadi juara Liga Hoki Malaysia (LHM), dari 9 Februari hingga 19 Mac 2023.
Razie Rahim mengetuai senarai itu di samping Najmi Farizal dan Azuan Hassan selepas mengharungi saingan di India di tempat ke-13 dunia.
Tumpuan jurulatih Maybank, Azrul Effendy, musim ini terarah kepada memperbaiki pencapaian tempat ketiga tahun lalu dengan memasuki perlawanan akhir.
Iklan
"Mereka merupakan tonggak tahun lalu jadi saya rasa tiada masalah untuk menjadi watak penting untuk membantu Maybank.
"Kami akan mengadunkan (kudrat) pemain muda dan pemain berpengalaman bagi mencabar kejuaraan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Maybank mengakhiri saingan musim 2022 di kedudukan ketiga menerusi lapan kemenangan, tiga kekalahan dan satu seri dalam 12 perlawanan.
Dibezakan dengan tujuh mata di belakang pendahulu LHM, Terengganu Hoki Team (THT), diikuti Tenaga Nasional Berhad yang berada di kedudukan kedua.
"Tahun ini kami menyasarkan untuk ke final Piala TNB dan cuba memenangi satu piala yang dipertandingkan," katanya.
Must-Watch Video