Skip to main content

Hoki

LHM: Kehilangan Syed Syafiq paksa TNB ubah percaturan

hoki-tnb.jpg
Pendahulu Liga Hoki Malaysia (LHM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), terpaksa melupakan khidmat Syed Syafiq Syed Cholan untuk baki aksi musim ini berikutan pertahanan kebangsaan itu perlu menjalani pembedahan tangan, minggu depan.

Syed Syafiq akan menjalani pembedahan pergelangan tangan dalam usahanya untuk pulih sebelum skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Final Hoki Siri Dunia, April depan, yang juga menawarkan kelayakan ke Sukan Olimpik 2020.

TNB akan menyambung perjuangan dalam saingan LHM apabila menentang UiTM di Shah Alam, Ahad ini.

Berikutan kehilangan Syed Syafiq selaku pakar pukulan sudut penalti, TNB menggunakan kesempatan dalam sesi latihan hari ini untuk menajamkan gerakan tersebut. 

Ketiadaan Syed Syafiq meninggalkan TNB dengan barisan 18 pemain sahaja, namun beberapa pemain muda dilihat bersedia untuk memainkan peranan utama sepanjang ketiadaannya. 

Ia juga kesempatan buat enam pemain TNB yang merangkul pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Argentina, untuk memikat pengendali The Malaysian Hockey Tigers, Roelant Otlmans.

 

Advertisement

Must Watch Video