Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini, menganggap perubahan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 memberi penambahbaikan daripada segi kualiti penganjuran.

Jika sebelum ini cabaran agak kecil, mungkin kali ini tiada ruang buat TNB mengambil mudah menghadapi pasukan lawan.

Perkara ini diakui sendiri Nor Saiful tatkala sedar ia tidak lagi semudah seperti dahulu.

"Sebelum liga bermula, terdapat beberapa pasukan sahaja seperti Maybank dan THT memiliki majoriti pemain kebangsaan.

"Selepas memanggil pasukan lain, ia merupakan pembangunan yang bagus bagi liga tersebut dan berharap pemain remaja mula menonjolkan kemahiran masing-masing," katanya.

Sementara itu, Terengganu Hockey Team (THT) nekad untuk mengubah skrip lampau menjelang perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih.

Walaupun bukan dianggap sebagai pilihan utama, barisan skuad kendalian Mohd Harfizi Nasiruddin yakin THT mampu bermula dengan langkah kanan.

"Berkemungkinan penambahan pemain baru dalam pasukan mereka dapat memperkuat pasukan. Setiap perlawanan sangat penting pasukan yang bertanding sukar mempertahan kejuaraan jika kekurangan mata," katanya.