HOKI
LHM 2025: TNB sedia pamer aksi cemerlang bertemu NurInsafi
Jurulatih pasukan TNB, Nor Saiful Zaini, yakin pasukannya mampu menunjukkan prestasi terbaik menentang NurInsafi Sporting 4 Februari ini.
Walaupun tanpa tonggak utama, Shello Silverius, yang digantung perlawanan, TNB masih memiliki barisan pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan tersebut.
Penyerang berbisa TNB, Muhammad Azrai Aizad pula optimis mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan menentang NurInsafi.
Iklan
Azrai turut memaklumkan bahawa kecederaan yang dialaminya sebelum ini sudah pulih sepenuhnya dan dia bersedia untuk beraksi bagi membenam lawan.
Must-Watch Video