HOKI
LHM 2025: Jahitan di mulut tidak jejas Azrai bantu TNB raih kemenangan
Penyerang utama TNB, Muhammad Azrai Aizad, pula teruja dapat membantu pasukannya meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Hoki Malaysia musim ini, selepas mengatasi pasukan dari China, Liaoning 5-0 semalam, meskipun beraksi dalam keadaan mulut berjahit.
Jelas penyerang berusia 25 tahun itu, dia sendiri yang menawarkan diri kepada ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini, untuk beraksi kerana kecederaan yang dialaminya ketika pertemuan menentang pasukan Thunderbolts pada 9 Januari lalu, tidak melibatkan bahagian tangan atau kaki.
Hasilnya, Azrai turut mencetak nama selaku penjaring buat TNB pada minit ke-45 perlawanan.
Iklan
Penyerang skuad kebangsaan itu mengakui dia meletakkan sasaran untuk kekalkan status selaku penjaring terbanyak liga buat kali ketiga berturut-turut sejak musim 2023.
Untuk rekod, Azrai melakar kejutan selepas muncul penjaring terbanyak LHM 2023 dengan 40 gol keseluruhan menerusi 33 gol padang, selain tujuh gol daripada situasi pukulan sudut penalti.
Must-Watch Video