HOKI
LHM 2025: Faiz mahu TNB bangkit
Tonggak senior skuad hoki negara yang memainkan peranan utama kejayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjulang kejuaraan treble musim lalu, Faiz Helmi Jali, melaungkan amaran buat rakan sepasukannya untuk bangkit pada pertemuan menentang TNB Thunderbolts Khamis ini.
Kem TNB jadi tumpuan, bukan hanya langkah sumbang aksi pembukaan musim dan gagal mempertahankan Piala Sumbangsih, lebih memeritkan kekuatan TNB berjaya dipatahkan Terengganu Hockey Team (THT).
Paling ketara, gerakan pukulan sudut penalti diketuai Jang Jong-hyun mudah dibaca sekaligus jadi faktor utama hilang dominasi pada musim ini.
Iklan
Sementara itu, Faiz turut berkongsi senario terkini barisan kejurulatihan TNB yang mula merencana pendekatan baru dengan harapan dapat kembali disegani.
Must-Watch Video