Skip to main content

E-Sukan

Lazir mengamuk di Land of Dawn

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lazir.jpg
Perlawanan ketiga di hari pertama saingan Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 menyaksikan Team Rey berjaya bangkit menewaskan JP Niners.

Team Rey seakan-akan buntu dalam perlawanan yang pertama selepas benteng pertahanan terakhir dihancurkan seawal minit ke-11 dan gagal meraih sebarang 'kills' sehingga minit ke-13. Hero skuad JP Niners yang semakin kuat mudah menewaskan Team Rey kurang daripada 15 minit perlawanan.

Bagaimanapun, Team Rey seakan mendapat suntikan motivasi dalam aksi kedua selepas berjaya menghancurkan 'Crystal' lebih awal daripada Monster Vicious dalam aksi pertama.

Namun, kurang 11 minit diperlukan buat Team Rey untuk memenangi perlawanan ketiga dengan Lazir selaku Permain Paling Bernilai (MVP) mempertaruhkan hero berunsurkan 'Assassin' dan 'Fighter' seperti Joy dan Lukas. Lazir berhasil untuk merekodkan prestasi yang memberangsangkan dengan 16 'kills', 13 'assists' dan hanya satu kematian.

Team Rey selepas ini akan bertemu salah satu pasukan gergasi di Malaysia, iaitu Team Vamos pada esok hari jam 5.30 petang. Mampukah Lazir tampil menjadi hero buat Team Rey sekali lagi?

 

Advertisement

Must Watch Video